Tabung Digital Sujood Bantu Masjid dan Surau di Malaysia

Assalamualaikum. Di saat Covid-19, PKP dan pelbagai cabaran lain yang melanda tidakkah rindu kita untuk menjejakkan kaki ke masjid & surau?

Studio 61 Sdn. Bhd. telah membangunkan aplikasi bernama Sujood sebagai tabung digital untuk masjid dan surau di Malaysia. Alhamdulillah setakat ini pihak Studio 61 membantu dalam 20+ masjid/surau dengan jumlah kutipan dana melebihi RM 8,000.00.

Studio 61 tidak mengenakan sebarang caj kepada pihak masjid bagi tujuan menyuburkan lagi usaha menderma dikalangan kita dan mewujudkan cara lebih mudah untuk menderma tidak kira masa, tempat dan keadaan.

Paling tidak untuk kita bersedekah walau RM1 setiap jumaat kerana kita percaya rahmat Allah itu besar dan Allah dah janjikan terlalu banyak perkara bagi mereka yang bersedekah.

Studio 61 sedang mencari masjid serta surau yang berminat untuk mendaftarkan diri bagi disenaraikan di aplikasi Sujood. Untuk pendaftaran, Sila emel kepada salam@sujood.net beserta

Nama masjid/surau
Nama penghubung
Jawatan
No telefon. 

Dari maklumat ini pihak Studio 61 akan cuba jayakan urusan ini Inshallah. Terima kasih semua.

Post a Comment

Instagram

Copyright © MuslimPreneursTV. Designed by OddThemes