microLEAP BANTU PEMOHON GERAN KERAJAAN DAPAT PINJAMAN

 

Terdapat banyak geran-geran yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan Malaysia baik di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan sendiri malah agensi-agensi sokongan kepada usahawan seperti TEKUN, MATRADE, MARA dan banyak lagi sebagai usaha pemangkin kerajaan untuk memperkasakan sektor IKS Malaysia.

Namun begitu, bagi pemohon-pemohon yang layak, tempoh untuk mendapat bantuan geran ini kebanyakannya mengambil tempoh masa pemerosesan yang lama dan terdapat juga bantuan-bantuan itu dikeluarkan merupakan geran padanan, iaitu usahawan harus mengeluarkan sendiri perbelanjaan sendiri yang kemudiannya baru dibantu. Ada juga dana-dana geran ini tidak menyokong bantuan dana secara keseluruhan kos projek dan usahawan-usahawan harus mencari sendiri dana yang selebihnya bagi sebahagian lagi kos projek.

Apa Itu microLEAP?

Justeru itu, microLEAP, iaitu sebuah platform pembiayaan mikro P2P Islamik dan Konvensional (Peer-to-Peer) telah mengeluarkan idea untuk membantu situasi ini, apatah lagi dalam keadaan pandemik dan ramai usahawan baru atau yang sedang beroperasi sedang bergelut dalam menyesuaikan diri dalam perdagangan norma baru.

Pembiayaan P2P adalah alat pembiayaan alternatif yang membolehkan Penerbit (peminjam) mendapatkan pembiayaan daripada Pelabur (pemberi pinjaman) tanpa perlu melalui institusi kewangan. Oleh itu, ia merupakan produk pembiayaan alternatif dan juga produk pelaburan alternatif pada masa yang sama. Kami dengan bangganya merupakan platform fintech di Malaysia yang memfokuskan kepada sektor pembiayaan mikro. Kami juga merupakan peneraju kepada platform yang menawarkan kedua-dua pembiayaan Islamik dan Konvensional di platform yang sama.

Inovasi produk yang ditawarkan ini baru dilancarkan secara atas talian menggunakan sistem Google Meet yang telah disertai lebih dari 50 orang usahawan yang baru dan yang telah pun lama 'established'. 

Menurut Tuan Ridzuan Abdul Rahman, Penasihat Perniagaan microLEAP  yang mengetuai misi program ini, program ini terbuka kepada usahawan yang baru ingin menceburkan diri ataupun usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan mereka baik dari sudut menambah kualiti dan kapisiti produk ataupun ingin mengeksport produk mereka ke luar negara. 

Turut hadir dalam pertemuan online ini adalah Tunku Danny Nasaifuddin Mudzaffar, (Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif); Tuan Matthew Fernandez (Rakan Kongsi & COO) dan Tuan Marzuki Musa (Rakan Kongsi & CMO).

microLEAP Akses Kepada Usahawan Yang Ingin Memohon Pinjaman

Tunku Danny memberitau, microLEAP telah menyediakan akses kepada usahawan yang ingin memohon pinjaman (atau dalam terma mircoLEAP disebut sebagai Penerbit) untuk pembiayaan mikro P2P mulai dari RM1,000 hingga RM50,000.
Penerbit boleh memilih untuk melalui pembiayaan Islamik dan juga Konvensional.

Mengapa menjadi Penerbit (peminjam)?

1. Kumpulkan dana dari hanya RM1,000 hingga RM50,000
2. Pembiayaan Islamik & Konvensional
3. Insurans Kemalangan Diri Percuma
4. Latihan asas video pengurusan hutang dan perakaunan percuma.

Bagi yang memilih untuk pembiayaan Islamik menerusi microLEAP, 
1. Pembiayaan patuh Syariah berdasarkan Komoditi Murabahah (melalui pengaturan Tawarruq)
2. microLEAP menyerap yuran Pembrokeran Komoditi Islamik.
3. Bayaran pembayaran lewat (Gharamah) disalurkan kepada badan amal

Pembiayaan Berkumpulan Secara Grameen Group:

Mendigitalkan Model Grameen Group, 5 Penerbit boleh datang sebagai sebuah Kumpulan untuk meningkatkan Skor Kredit mereka

Tujuan kami adalah untuk meningkatkan Keterlibatan Kewangan di Malaysia dan kami telah menyasarkan beberapa Matlamat Pembangunan Lestari PBB (UNSDGs), iaitu Tiada Kemiskinan, Pekerjaan yang Baik & Pertumbuhan Ekonomi dan mengurangkan Ketidakseimbangan. Kami berharap dapat membina komuniti Pelabur P2P yang mencari Pelaburan Impak yang dapat membantu syarikat mikro yang mencari pembiayaan alternatif. Jom sertai kami!

‘Recognised Market Operator’ (RMO) Berlesen

microLEAP adalah ‘Recognised Market Operator’ (RMO) berlesen, dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Sila klik di sini untuk mengesahkan RMO yang berlesen di Malaysia:

https://www.sc.com.my/development/digital/list-of-registered-recognized-market-operators


Anda Juga Boleh Jadi INVESTOR atau Pelabur!

Anda boleh memohon dengan microLEAP sebagai Pelabur atau Penerbit (Peminjam):

Pelabur:

Dengan harga serendah RM50, anda mungkin boleh Melabur (meminjamkan) ke perniagaan kecil untuk membantu mereka berkembang!

Mengapa menjadi Pelabur P2P (pemiutang)?
1. Pelaburan serendah RM50
2. Melabur dalam Nota Pelaburan Islamik & Konvensional.
3. Nikmati pulangan sehingga 18% setahun.
4. Penerbit dilindungi oleh Insurans Kemalangan Diri supaya pelaburan anda selamat sekiranya kemalangan berlaku kepada Penerbit/tunggak utama.
5. Semua Nota mempunyai Penjamin.

Liga Pelabur Luar Biasa:
Untuk memberikan keterujaan kepada Pelabur P2P, kami melancarkan Liga Pelabur Luar Biasa, di mana Pelabur boleh memperoleh mata bergantung pada amaun Pelaburan, tempoh dan jumlah Nota Pelaburan yang mereka laburkan. Mata yang diperoleh akan memberi peluang kepada pelabur untuk menikmati fi/yuran yang lebih rendah apabila anda ranking meningkat naik dari Rookie, Apprentice, Champion dan Sifu.

#danaUsahawan
#pinjamanMudah

Post a Comment

Instagram

Copyright © MuslimPreneursTV. Designed by OddThemes