5 Pesan Berharga dari Datuk Ameer Ali Mydin

Datuk Ameer Ali Mydin 

Siapa disini yang tak pernah lagi jejak kaki ke Mydin? Kini Mydin sudah ada 322 outlet di seluruh Malaysia dan menjadi satu pasaraya pilihan rakyat Malaysia. Harga pun murah dan berpatutan dengan banyak pilihan barangan yang ada.
.
Kejayaan Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin bagi saya bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai tanpa ada usaha keras dan setiap kejayaan yang beliau nikmati sekarang ini amatlah setimpal dengan usaha beliau selama ini. Bermula dari kedai kecil dan berhenti bekerja di sebuah bank bermula dengan perniagaan ayahnya secara kecil-kecilan dan kini Mydin berdiri megah di seluruh pelusuk Malaysia.

1. Sentiasa fokus dengan sasaran

Fokus dengan bisnes. Itulah mantra Datuk Ameer Ali yang sentiasa berpegang pada kerja keras untuk berjaya dan harus ada rasa minat dalam berbisnes. Untuk berjaya, perlu berkerja bersungguh-sungguh dan perlu disiplin yang tinggi untuk mengemudi bisnes.

Tanpa adanya mindset untuk terus fokus dan berusaha dalam membina empayar yang lebih besar, maka tidak mungkin perniagaan Datuk Ameer Ali dapat berkembang seperti sekarang ini. Jangan pernah berhenti untuk melakukan sesuatu dan sentiasa memberi sepenuh perhatian dan usaha berterusan kepada bisnes supaya ia dapat membuahkan hasil.
.

2. Jadilah seorang yang jujur dan ikhlas

Seperti yang kita tahu, Mydin itu sendiri mengutamakan halal dan integriti dan itulah yang sentiasa diamalkan oleh Datuk Ameer. Bagi beliau, kejujuran dalam berniaga itu adalah kunci utama untuk memenangi hati pelanggan.

Keikhlasan beliau untuk memberikan harga mampu milik kepada setiap pelanggan, menjadikan Mydin pasaraya yang menjadi pilihan pelanggan lebih-lebih lagi keluarga yang berpendapatan sederhana. Saya dapat lihat, perjuangan beliau bukan berorentasi keuntungan semata tapi niat untuk membantu rakyat Malaysia supaya mampu membeli dengan harga yang berpatutan.

3. Jadi ketua yang boleh berubah dan diubah

Penting untuk kita sentiasa ubah diri kita sebagai seorang yang memimpin untuk terus mengikut peredaran masa. Sentiasa berubah supaya kita dapat sentiasa berkomunikasi dengan lebih baik dengan pekerja dan dapat memberi pengaruh yang baik berbanding dari menjadi seorang pemimpin yang hanya suka memberi arahan.

Bagi Datuk Ameer sendiri, kita perlu sedar yang ada sesuatu yang kita boleh pelajari dari orang dibawah kita, dan ada sesuatu yang boleh kita kongsikan kepada pekerja supaya masing-masing dapat berubah kearah yang lebih baik.

4. Hormati dan tepati masa

Datuk Ameer adalah seorang yang sangat menghormati masa dan tidak suka membuang masa. Bagi beliau, untuk berjaya kita perlu ada disiplin yang tinggi dan sangat teliti dengan apa yang kita lakukan. Beliau juga seorang yang sangat teliti dalam kerja.

Datuk Ameer juga seorang yang sangat tersusun, cara beliau menyusun wang kertas didalam dompet juga mengikut turutan dan tersusun. Disini saya dapat lihat, untuk berjaya kita perlu menjadi seorang yang sangat teliti, tersusun dan juga berdisplin.

5. Jangan pernah bongkak

Walaupun beliau sudah punyai empayar yang besar dan kukuh, namun itu tidak menjadi alasan untuk beliau bongkak. Malah, beliau sedar akan kemampuan pesaing yang sedia ada dan itu membuatkan beliau tidak pernah mengalah untuk terus memperbaiki strategi bisnes dan sentiasa belajar dari kesilapan.

Berjaya mana sekalipun kita, perlu ada sikap merendah diri yang tinggi supaya kita tidak mudah untuk lupa diri dan terus belajar untuk memperbaiki diri dan juga bisnes dari masa ke semasa.

Kredit : Hasbul Brothers

Post a Comment

Instagram

Copyright © MuslimPreneursTV. Designed by OddThemes