World Mawlid Celebration 2020 - Perintis Kepada Norma Baru Media Promosi Brand Usahawan Muslim
Pandemi Covid19 tidak menghalang umat Islam meraikan hari kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Kejayaan pihak penganjur TvSufi.com dan Islamictunes menyambut hari mawlid ini dengan menganjurkan julung kalinya sambutan Mawlid Sedunia adalah merupakan suatu usaha rintis yang amat bermakna, apatah lagi mereka juga bukanlah pakar dalam bidang broadcasting namun berani melaksanakan secara Online dan Live Streaming selama 24 jam dari jam 9.00 malam 28 Oktober hingga jam 9.00 malam 29 Oktober 2020 atau 12 Rabiulawal 1442H secara tepatnya.
Acara ini juga jelas mencipta anjakan paradigma dalam memartabatkan seni dan budaya Islam sedunia yang mengangkat imej kampungan dan serba kekurangan atau gaya konservatif yang sering dilabelkan kepada majlis-majlis selawat dan mawlid ke suatu yang mencantumkan teknologi media moden dan gabungan keaslian ilmu terutamanya dalam aspek kesufian, tasawwuf dan tauhid.
Jelas berdasarkan sambutan di laman page facebook tvsufi ini betapa ramainya umat Islam terutamanya golongan remaja dan belia yang begitu haus dan dahaga pada ilmu dan seni dan secara langsung menzahirkan rasa kecintaan dan kasih sayang tidak berbelah bagi pada baginda Rasulullah SAW di samping menghormati penerus-penerus ilmu seperti ulama, sheikh dan ustaz, terutamanya Maulana Jalaluddin al-Balkhi al-Rumi atau lebih dikenali Maulana Rumi.
Menariknya, acara yang tanpa nama-nama seleberiti artis popular mahupun kelibat kelompok besar kumpulan atau individu munysid, penasyid dan artis Islamik yang mempunya nama besar dan pengikut dan peminat yang ramai, tidak mencacat atau memberi impak kepada acara Mawlid Sedunia ini yang hanya dibarisi asatizah-asatizah dan artis Islamik baru dari dalam dan luar negara, yang tidak begitu menonjol atau ditonjolkan namun mempunyai ramai pengikut dan peminat.
Apa yang lebih menarik dalam acara World Mawlid Celebration 2020 ini turut disokong dan dibantu oleh beberapa Muslim's brand dan usahawan Muslim yang telah bermurah hati memberikan penajaan berupa kewangan dan barangan. Jelaslah ini merupakan kolaborasi yang mengekplorasi pasaran yang belum disentuh (untouched market) atau dilupakan dan mungkin terlepas pandang!
Antara penaja-penaja tersebut adalah: -
MPreneursTV amat tertarik dengan perkembangan ini. Tatkala nasyid masakini semakin muram kerana kebanyakkan munsyid sudah hilang jati diri sebagai daei dan munsyid sebaliknya lebih terikut dengan cuba mengikuti trend muzik masakini, jelas akar besar mereka dari sebuah kumpulan tauhid yang besar suatu ketika dulu semakin lama semakin pudar.
Apakah akan lebih banyak produk dan jenama Muslim mengorak langkah meneroka pasaran yang tidak tersentuh atau terlepas pandang ini?
Sila lawati kisah-kisah pengacaraan World Mawlid Celebration 2020 ini hanya di tvsufi.
Post a Comment